Covid-19 sangat mudah tersebar sesama manusia. Berdasarkan dapatan yang diperoleh dari KKM, Covid-19 boleh menjangkiti sehingga 37 orang di sekelilingnya. Faktor utama penyebaran virus adalah melalui sentuhan sesama manusia. Jika pesakit Covid-19 batuk atau bersin, mereka akan melepaskan titisan yang mengandungi virus ke udara. Orang yang bernafas di permukaan udara tersebut akan terus dijangkiti. Selain itu, manusia juga boleh dijangkiti covid-19 jika menyentuh permukaan yang mempunyai virus, kemudian menyetuh mata, hidung atau mulut.

Walaupun begitu, kes-kes jangkitan kerana tersentuh objek yang terdapat virus Covid-19 jarang berlaku. Tetapi, ia masih boleh menyebabkan jangkitan! Persoalannya, jika permukaan seseuatu objek tersebut dicemari virus Covid-19, berapa lama ia boleh bertahan di situ?

Ada beberapa kajian telah dibuat untuk kenalpasti ketahanan virus dalam beberapa permukaan. Namun, ia masih dalam tempoh uji kaji kerana kajian ini belum termasuk beberapa faktor seperti cuaca, kepanasan matahari dan lain-lain. Berikut adalah kesimpulan yang boleh dibuat.

BESI  – 5 hari  Seperti barang kemas, tombol pintu, pemegang dan lain-lain

KAYU – 4 hari Seperti perabot, alatan kayu

PLASTIK – 2 ke 3 hari Seperti botol, bangku bas,

BESI TAHAN KARAT – 2 ke 3 hari Seperti peti sejuk, sinki, alatan dapur

KADBOD – 24 jam Seperti kotak, surat

TEMBAGA – 4 jam Seperti duit syiling, teko, periuk

ALUMINUM – 2 ke 8 jam Seperti tin minuman

KACA – 5 hari Seperti gelas, cermin, tingkap

SERAMIK – 5 hari Seperti cawan, teko, pinggan mangkuk

KERTAS – Antara beberapa minit ke 5 hari  Bergantung kepada jenis kertas

MAKANAN – Tiada bukti ia tersebar melalui makanan. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik ayur dan buah-buahan dicuci terlebih dahulu dan cuci tangan anda dengan sabun sebelum makan.

AIR – Coronavirus belum ditemui di dalam air. Jika ada, negara kita mempunyai sistem rawatan air yang akan membunuh kuman dan bakteria sebelum ia disalurkan ke rumah kita.

Apa yang boleh kita lakukan?

Cuci tangan anda menggunakan sanitizer atau dengan air dan sabun secara kerap untuk mengurangkan risiko jangkitan. Terutama setelah anda keluar membeli barang atau memegang wang kertas.

Bersihkan dan nyahkuman segala alatan dan permukaan yang kerap digunakan seperti tombol pintu, meja kaunter, meja, smartphone, remote control, dan lain-lain, menggunakan bahan pencuci.

Open chat
Powered by