Hai semua,


Hari ni saya nak share cara untuk nak hilangkan beberapa kotoran degil jika terlekat pada baju. Bahan-bahan untuk mencuci boleh kita dapati di rumah kita sendiri. Tak perlu keluar mencari bahan pencuci khas. Di sini adalah petua mencuci pakaian, mengikut kategori kotoran di bawah:

1. Pakaian terkena karat

Campurkan perahan jus limau nipis bersama sesudu kecil garam halus. Gosokkan bahagian baju yang terkena karat dengan jus campuran tersebut, biarkan selama beberapa minit kemudian basuh menggunakan air sabun dan bilas seperti biasa.

 

2. Pakaian terkena dakwat

Untuk mengurangkan kesan dakwat yang melekat pada pakaian, boleh alirkan kesan itu dengan air yang mengalir selama beberapa minit. Sebenarnya ada 4 cara untuk menghilangkan kesan dakwat, boleh pilih nak guna cara yang mana satu.
a) Bancuh 3 sudu susu tepung dengan sedikit air, air bancuhan perlu pekat. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam.
b) Gosok bahagian yang terkena dakwat dengan perahan air limau nipis dan sedikit garam beberapa ketika. Jika masih belum hilang, rendam pakaian tersebut dengan air bancuhan limau nipis dan garam yang sedang panas selama 5 minit.
c) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang.
d) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Berus dengan sabun dan bilas seperti biasa.

3. Pakaian terkena kunyit

Ambil sedikit sabun cuci pinggan dan sapukan pada tempat yang terdapat kesan kunyit pada baju. Biarkan selama 15 ke 20 minit, lepas tu basuh seperti biasa.


4. Pakaian terkena cat

Rendam pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih dahulu selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.

5. Pakaian terkena minyak

Biarkan bahagian yang terkena minyak dalam keadaan kering, kemudian sapukan sedikit dengan sabun mandi. Gosok hingga kotoran hilang.

6. Pakaian bertahi lalat

Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.


7. Pakaian terkena gam kuat (brand gajah dll)

Beli tinner di kedai hardware. Kemudian basahkan baju yang terkena gam tadi kemudian tenyeh berulang kali hingga kesan gam itu hilang. Buat berulang2 kali hingga kesan itu betul2 hilang.


8. Pakaian terkena darah

Basahkan kesan darah tersebut, gonyoh samada dengan garam halus, sabun mandi ketul atau air Coca-cola sehingga hilang.


9. Kesan peluh di kolar atau lengan baju

Gosok kesan kotoran dengan syampu atau sabun mandi, berus sehingga hilang

10. Pakaian terkena lunturan baju berwarna

Didihkan air di dalam periuk dengan detergen dan perahan air limau nipis kemudian masukkan pakaian yg terkena luntur. Ataupun rendam dengan air dan cuka makan.


11. Pakaian terkena kesan chewing gum

Ada dua cara untuk hilangkan kesan chewing gum pada pakaian iaitu:a)  Sapukan thinner pada bahagian yang terkena chewing gum, kemudian tenyeh kesan tersebut sehingga hilang.b) Tenyeh kesan kotor tersebut dengan ketul ais kemudian kikis keluar pelan2 kemudian bakinya tenyeh dgn minyak masak hingga benar2 hilang.


12. Pakaian terkena getah pisang

Gosok bahagian kotor tersebut dengan kapur makan, biarkan selama beberapa minit, kemudian basuh seperti biasa dengan detergen.


13. Pakaian terkena kesan kopi/teh

Rendam dengan air hangat, detergen, perahan limau nipis dan letakkan juga sedikit baking powder.

 

Open chat