Khas buat warga Bangi, Kajang dan Putrajaya. Jika anda tercari-cari servis cuci karpet di Bangi, Kajang dan Putrajaya dengan harga yang berpatutan, kami boleh menawarkan harga cucian serendah RM1.00 sekaki persegi buat anda.

 

Sekerap mana anda perlu cuci karpet?

Ia bergantung di ruang mana karpet itu dihamparkan, dan sekerap mana karpet itu digunakan. Tempoh paling sesuai untuk mencuci karpet ialah 6 bulan sekali.

 

 

Kenapa karpet perlu dicuci?

Seperti pakaian, karpet juga perlu dicuci untuk menghilangkan sebarang kotoran, bau dan kuman. Walaupun ia kerap divakum, tapi masih ada kotoran di serat benang karpet yang kita tak dapat lihat. Air dan detergen khas adalah medium yang sesuai digunakan untuk mencuci kebanyakan jenis karpet. Kerana ia disucikan mengikut syariat, malah karpet yang telah dibersihkan itu boleh diguna untuk solat.

 

 

Adakah karpet yang telah dicuci akan berbau?

Ada banyak faktor mengapa karpet yang telah dicuci boleh berbau. Antaranya, ia dicuci tidak cukup bersih, atau ia dijemur tidak cukup kering. Tetapi jika ia dicuci dengan sempurna, ia akan memberikan bau harum bagaikan karpet baru.

 

 

Adakah cara cucian ini sesuai untuk mencuci karpet buatan tangan?

Karpet buatan tangan atau karpet “handmade” ada teknik cucian khas. Warna pada karpet jenis ini mudah luntur dan bulunya akan jadi sangat keras jika tidak dicuci dengan teknik yang betul. Jangan bimbang, kami ada teknik cucian tersendiri untuk karpet jenis ini.

 

 

Kenapa perlu memilih servis kami?

Selain kami berpengalaman 20 tahun mencuci karpet, kami juga mempunyai pelbagai jentera cucian termasuk untuk nyah hama. Di samping karpet, anda juga boleh menghantar cucian lain kami seperti seperti langsir, comferter, dry cleaning dan sebagainya.

Di mana kami beroperasi?

Kami beroperasi di Sungai Merab Bangi dan Bandar Bukit Mahkota. Anda boleh klik Dobi Harum atau cuci karpet dobi harum untuk datang terus ke tempat kami. Atau hubungi kami di talian 013-3604089 jika ingin kami datang terus ke rumah anda.

 

Open chat