Apakah itu Dry Cleaning? Adakah ia bermaksud cucian kering?

Cucian kering bermaksud cucian yang tidak menggunakan air. Namun, tidak semua kedai dobi benar-benar mencuci tanpa menggunakan air. Teknik cucian ini tidak sama dengan cucian pakaian harian yang selalu kita lakukan di rumah atau di dobi-dobi layan diri. Cucian dry cleaning memerlukan kemahiran dan bahan cucian khas untuk memastikan pakaian benar-benar bersih tanpa merosakkan fabrik baju. Pakaian yang memerlukan teknik cucian ‘dry cleaning’ selalunya dipakai pada hari dan atucara tertentu seperti baju pengantin, kot dan lain-lain.

 

 

Berikut adalah beberapa teknik cucian yang menggunakan terma “dry cleaning”

  1. Cucian Perc
  2. Cucian  Hydrocarbon
  3. Cucian Airwash
  4. Cucian Aqua / Wet cleaning

 

Cucian Perc

Cucian jenis ini menggunakan bahan kimia berklorin bernama perchloroethylene atau tetrachloroethylene. Pakaian yang sangat sensitif terhadap air seperti wool, kulit, songket, sari dan sebagainya disarankan dicuci menggunakan cara ini. Namun, bahan kimia seperti ini mempunyai bau kimia yang agak kuat dan dikatakan boleh menyebabkan penyakit kanser. Individu yang selalu mengendalikan bahan ini boleh menghadapi sesak nafas.

 

Contoh mesin cucian Perc

 

Cucian Hydrocarbon

Cucian ini adalah alternatif kepada cucian perc, tetapi masih belum digunakan secara meluas dalam Malaysia. Bahan cuciannya dihasilkan dari petroleum-based yang dikatakan lebih selamat dari bahan kimia chlorin-based.

 

Contoh mesin cucian hydracrbon. Mesin seperti ini memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

 

Cucian Airwash

Airwash adalah cucian menggunakan stim panas. Fungsinya lebih kepada untuk menghilangkan bau yang tidak sedap. Pelbagai mesin basuh kegunaan seisi rumah yang telah menyediakan option ‘airwash’ bagi memudahkan cucian tanpa air seperti jenama Samsung dan lain-lain.

 

Cucian Aquawah / Wet Clean

Teknik cucian ini masih menggunakan sedikit air, dengan kadar yang paling minima. Bahan cuciannya mengandungi enzyme untuk menanggalkan kotoran dan bau. Cucian seperti ini lebih suci dan patuh syariah. Kebanyakan dobi servis menggunakan teknik ini kerana ia lebih mesra pengguna.

 

Mesin cucian Aqua wash telah diprogramkan fungsinya untuk cucian jenis ‘gentle wash’ agar pakaian tidak mudah rosak.

 

Apa yang dobi kami tawarkan jika anda menghantar pakaian untuk Dry Cleaning?

Pakaian anda akan melalui teknik pre-spotting terlebih dahulu. Di mana kotoran-kotoran degil akan dihilangkan dengan beberapa teknik dan bahan pencuci. Kemudian, pakaian tersebut dicuci menggunakan mesin yang bersesuaian.

 

Setelah kering, pakaian anda akan melalui proses steam pressing menggunakan boiler iron atau form finisher untuk memastikan ia tergantung kemas dan tiada sebarang kedutan.

 

Pakaian tersebut juga akan di spray dengan haruman pewangi sebelum dibungkus.

 

Berapa jumlah pakaian yang kami dapat dry clean dalam sehari?

Bergantung kepada permintaan. Standard tempoh siap dry cleaning dalam 4 hari. Namun boleh dipercepatkan bergantung kepada situasi. Bagi pakaian yang dihantar secara pukal, standard tempoh siap sebanyak 250 helai sehelai.

 

Cucian dry cleaning jubah graduasi

 

Cucian dry cleaning uniform istiadat one dress

Namun, kami pernah menyiapkan 150 helai dalam tempoh 2 hari sahaja!