Mak mana yang tak suka rumah nampak kemas dan wangi, kan? Tapi kadang-kadang kita tak perasan, karpet ruang tamu yang nampak elok tu sebenarnya dah penuh dengan habuk, bakteria, dan bau yang tak menyenangkan. Anak main atas karpet, tiba-tiba bersin. Suami komplen bau pelik. Kita pun mula rasa tak selesa. Kalau dah mula nampak tanda-tanda ni, itu petanda karpet ruang tamu perlu dicuci segera. Dalam artikel ni, kita sembang santai tentang kenapa cucian karpet penting, dan macam mana nak buat tanpa pening kepala.
5 Tanda Mak-mak perlu cuci Karpet Ruang Tamu dengan Segera!
Karpet ruang tamu memang buat rumah nampak kemas dan selesa. Tapi tanpa disedari, ia boleh jadi tempat ‘berpesta’ untuk habuk, bakteria, dan kelembapan.
Kalau anak mula bersin, atau karpet rasa pelik bila dipijak. Itu mungkin petanda karpet dah minta tolong. Jom tengok 5 tanda penting yang mak-mak patut tahu.
Bau Hapak Walaupun Dah Vacuum
Bau lembap yang tak hilang walau dah vacuum mungkin tanda bakteria sedang membiak dalam serat karpet.
Kita dah cuba bersihkan, tapi bau tetap ada. Memang frust!
Cucian profesional dari dobi harum boleh hilangkan bau dari akar, bukan sekadar tutup dengan pewangi.
Bayangkan karpet wangi macam baru keluar dari ‘spa’. anak pun seronok main atasnya!
Warna Karpet Makin Kusam
Kotoran yang terkumpul lama-lama boleh pudarkan warna asal karpet.
Karpet dulu, karpet cantik. Tapi sekarang nampak ‘pucat’. Dah macam kita bila tak cukup tidur!
Dobi Harum tahu cara cuci ikut jenis material supaya warna kekal segar.
Karpet lepas cuci, rasa macam baru beli. Dah boleh selfie atas karpet.
Anak Asyik Bersin atau Batuk Dalam Rumah
Hama habuk dan mikroorganisma boleh cetuskan alahan, terutamanya pada anak kecil.
Kita risau bila anak tak sihat, tapi tak sangka karpet pun boleh jadi punca.
Cucian khas dari kami boleh singkirkan hama dan bakteria yang tak nampak dengan mata kasar.
Lepas cuci, anak boleh main atas karpet tanpa bersin. lega hati mak!
Kesan Tumpahan Tak Hilang Walau Dah Sental
Tumpahan lama boleh jadi tempat kulat membiak, terutama bila lembap.
Dah cuba pelbagai cara, tapi kesan tetap ada. Sakit hati kan? bila tak nak hilang.
Dobi ada teknik deep-cleaning yang boleh hilangkan kesan degil tanpa rosakkan karpet.
Karpet bersih, rumah pun nampak lebih ceria. Lepas tu, suami pun puji!
Karpet Rasa Berat dan Melekit Bila Dipijak
Ini petanda kelembapan dan kotoran dah terlalu banyak terkumpul.
Bila pijak rasa ‘berat’. Seolah macam karpet pun penat tunggu dibersihkan.
Mesin kami boleh bersihkan sampai ke dasar dan keringkan dengan sempurna.
Lepas cucian, karpet rasa ringan dan gebu. Macam peluk bantal hotel!
Karpet Ruang Tamu Bersih, Anak Sihat, Mak Tenang
Karpet bukan sekadar hiasan, tapi tempat anak bermain dan keluarga berkumpul. Bila bersih, rumah rasa lebih selamat dan selesa. Kalau mak-mak nampak tanda-tanda di atas, mungkin dah sampai masa karpet ‘pergi spa’ juga.
Cucian Profesional: Bukan Sekadar Bersih, Tapi Selamat
Mak boleh je cuci sendiri, tapi kadang-kadang cucian biasa tak mampu bersihkan sampai ke dasar. Dobi profesional guna teknik khas ikut jenis material, pencuci yang selamat untuk bayi dan haiwan peliharaan, dan mesin industri yang boleh ‘sedut’ semua kotoran tersembunyi.
Bila Masa Sesuai Hantar Karpet ke Dobi?
- Lepas kenduri, musim hujan, atau bila ada bayi baru lahir
- Bila anak mula tunjuk simptom alahan
- Bila karpet mula berbau atau nampak kusam
Karpet Pun Layak ‘Pergi Spa’ Sekali-sekala
Bayangkan karpet mak dibersihkan, dikeringkan, dan dihantar semula dalam keadaan segar, wangi, dan macam baru beli.
Kami faham, mak sibuk. Tapi tetap mahu rumah bersih dan selamat.
Sebagai ibu, kita ada macam-macam nak fikir. Tapi karpet ruang tamu bersih bukan sekadar cantik. Malah ia penting untuk kesihatan anak-anak dan keselesaan seisi rumah. Kami sedia bantu, tanpa susahkan mak.
Adakah Dobi Harum menerima karpet lain?
Ya. kami menerima cucian untuk pelbagai jenis karpet termasuk karpet ruang tamu, karpet pejabat-pejabat , dan bilik tidur. Karpet ruang tamu sering terdedah kepada habuk, tumpahan makanan, dan bau yang tidak menyenangkan.
Kami gunakan teknik cucian khas dan bahan mesra alam untuk memastikan karpet mak bersih, segar, dan selamat untuk seisi rumah.
Karpet ruang tamu bukan sekadar hiasan. ia tempat anak bermain, tetamu duduk, dan keluarga berkumpul. Tapi bila karpet mula berbau, penuh habuk atau kesan tumpahan, cucian biasa tak cukup. Untuk hasil bersih dan segar, mak boleh rujuk servis cuci karpet ruang tamu kami yang menggunakan teknik cucian profesional dan bahan mesra alam.
Mak sibuk urus anak dan rumah. Biar kami bantu jaga kebersihan karpet. Tempah cucian hari ini! mudah dan selamat.
Adakah Dobi Harum menyediakan servis pickup dan delivery untuk karpet ruang tamu?
Ya, kami menyediakan servis pickup dan delivery untuk karpet ruang tamu dan jenis karpet lain. Mak hanya perlu buat tempahan melalui WhatsApp atau borang online. Pasukan kami akan datang ke lokasi untuk ambil karpet.
Setelah selesai dicuci, kami akan hantar semula karpet dalam keadaan bersih dan wangi, terus ke pintu rumah mak. Servis ini di sediakan khas untuk memudahkan pelanggan yang sibuk atau tinggal di kawasan yang sukar akses.
Slot cucian minggu ni cepat penuh. Tempah sekarang sebelum terlambat. Ambil karpet di rumah pelanggan , dan hantar kembali ke rumah pelanggan.
Dapatkan servis cucian karpet rumah sekarang!!
Ikuti media sosial kami :
Facebook : Dobi Harum