Perkhidmatan Servis Cucian dan Dobi Terpilih Sejak 1999
Anda mencari perkhidmatan dobi servis yang boleh menguruskan pakaian anda dengan lebih teliti?
Kami dari DOBI HARUM akan memberikan servis yang terbaik.
Kami mempunyai mesin-mesin cucian yang berkapasiti tinggi dan berteknologi tinggi untuk cucian secara pukal dan kami juga mempunyai team yang pakar dan terlatih.
DOBI HARUM telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1999. Kami menawarkan perkhidmatan dobi, cucian kering dan menggosok untuk pakaian, linen, langsir, karpet dan banyak lagi.
Kami juga telah berdaftar di bawah Kemeterian Kewangan dan berstatus Bumiputera.
Perkhidmatan Kami
Servis Dobi untuk Cucian Pukal
Kami mempunyai pengalaman cucian linen dari pihak kerajaan, badan berkanun, universiti, hotel, sekolah, spa, klinik, kelab dan banyak lagi.
Cucian Kering (Aqua & Dry Cleaning)
Kami menyediakan servis cucian khas untuk pakaian yang memerlukan penjagaan tambahan seperti kot, uniform, jubah graduasi, pakaian kulit, gaun pengantin dan lain-lain.
Cucian Karpet
Karpet anda terlalu berat untuk dibawa ke kedai? Kami boleh datang terus ke pintu rumah anda untuk mengambil dan menghantar semula setelah dicuci.
Cucian Sofa
Tak boleh buka sarung sofa anda? Kami boleh bantu membersihkan sofa, kerusi kereta dan kerusi bayi anda.
Cucian Langsir
Bukan sahaja kami boleh datang ke rumah, kami juga boleh membuka, mencuci, menggosok dan memasang semula langsir di rumah anda.
Cucian Beg Tangan
Tolong jangan buang handbag lama anda. Kami boleh membersihkannya semula dan menjadikan ia kelihatan seperti baru!
Cucian Khas
Kami mempunyai beberapa jenis bahan cucian yang boleh menghilangkan kotoran degil yang melekat pada pakaian anda.
Pengemasan Rumah
Bukan hanya pakaian, kami juga mempunyai team yang boleh mencuci seluruh rumah anda.
Mengapa Memilih Kedai Dobi Kami?
Dengan Dobi Harum, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada timbunan pakaian kotor dan yakin bahawa pakaian anda berada dalam jagaan yang baik. Kami adalah kedai dobi terkemuka yang menawarkan pengalaman dobi yang menyeluruh dan unggul yang memenuhi keperluan pelanggan kami yang dihargai.
- Kebersihan – Percayalah kepada pasukan pakar kami untuk memberikan hasil yang sempurna dengan perkhidmatan pembersihan dan penjagaan berkualiti tinggi kami untuk pelbagai jenis pakaian.
- Pilihan Kos Rendah – Nikmati perkhidmatan dobi yang berpatutan tanpa mengorbankan kualiti, memastikan pakaian anda dikendalikan dengan penuh penjagaan sambil menjimatkan kos.
- Mesin yang Boleh Dipercayai – Kami menggunakan mesin pembersihan gred industri yang direka untuk menghilangkan kotoran dan noda degil dengan berkesan daripada pelbagai jenis pakaian.
- Bahan Kimia yang Selamat – Tiada pelarut berbahaya digunakan dalam proses dobi kami; sebaliknya, kami menggunakan agen pembersih mesra alam dan bebas wangian untuk memastikan pakaian anda dibersihkan dengan sempurna sambil mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
Harga minimum sehala adalah RM10. Tambahan RM1.00/km untuk lebih dari 10 kilometer.
Our Trusted Clients
Hubungi Kami
Waktu operasi
Isnin - Ahad (Setiap hari)
8:00 pagi - 9:00 malam
Tutup
Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidil Adha
Phone +6 013 360 4089 / +6 017 4802045
Email dobiharumbangi@gmail.com
Kami Di Sini
Cawangan Bangi
Lot 3085C, Jalan Ayer Hitam, Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Cawangan Kajang
Unit 3A-G, Jalan Hentian 1A, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor
Pusat Cucian Karpet
No. 2, Jalan BM 6C, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang,
Selangor