Bagi syarikat-syarikat yang mencari kontrak perkhidmatan dobi, kami menawarkan servis cucian secara pukal untuk badan-badan kerajaan, swasta, badan berkanun, hotel, pusat latihan, kelab golf, spa, universiti, sekolah, klinik dan seumpanya.
Syarikat kami berdaftar dengan Kemeterian Kewangan Malaysia MOF dan juga mempunyai sijil Bumiputera.
Kontrak perkhidmatan dobi secara komersial / tender cucian linen
Kami mempunyai beberapa mesin cucian dan pengering yang berkapasiti besar untuk cucian dalam skala besar untuk pusat latihan, hostel, asrama, hotel dan rumah penginapan.
Kami juga mempunyai tenaga kerja yang ramai, juga kenderaan pengangkutan yang mampu membawa jumlah linen yang banyak.
Perkhidmatan dobi bagi special treatment / hilangkan kotoran degil
Bagi mana-mana restoran dan katering yang mencari servis cucian alas meja, kami boleh membantu anda. Alas meja yang kotor dan berminyak mudah untuk dihilangkan dengan teknik special treatment.
Kami juga mencuci telekung dan sejadah dari surau-surau dan masjid. Telekung yang penuh dengan daki dan tahi lalat juga boleh dihilangkan dengan teknik cucian kami.
Bagi cucian tuala spa yang agak kotor, kami akan gunakan teknik rendaman menggunakan sabun oxy-bleach (bukan clorox) supaya fabrik lebih bersih dan selamat untuk digunakan semula.
Perkhidmatan dobi langsir termasuk servis buka dan pemasangan semula
Jika rumah anda mempunyai langsir yang tinggi dan sukar untuk dibuka, Kami boleh menawarkan servis ini untuk anda. Bukan saja di rumah, kami mempunyai cukup tenaga kerja untuk membuka dan memasang langsir di dewan, surau, pusat komuniti dan sebagainya. langsir anda akan kami buka, cuci, dan pasang semula dalam kesdaan bersih dan wangi.
Klik sini untuk tempah slot cucian anda :
www.wasap.my/60133604089/perkhidmatandobi
Ketahui lebih lanjut tentang servis kami