Sewaktu post ini ditulis, dunia sedang melalui cabaran terbesar iaitu serangan Covid-19. Setakat ini, virus tersebut telah meragut 30,883 nyawa dan seramai 664,103 orang telah terinfeksi. Di Malaysia, kami terpaksa melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana seluruh rakyat perlu duduk di rumah masing-masing selama 4 minggu. Kami hanya dibenarkan keluar rumah jika ada urusan penting seperti membeli bahan makanan atau terbabit dalam kerja-kerja penting sahaja. Ini adalah tempoh yang sangat menguji kerana ekonomi akan lumpuh dan ramai akan kehilangan kerja.

Maka, ramailah antara kami yang risau memikirkan apakah kerja-kerja yang dapat dilakukan untuk mencari pendapatan bagi menanggung seisi keluarga. Kuasa membeli semakin kurang. Rakyat dah mula berjimat-cermat. Ramai antara kami, rakan-rakan seperniagaan yang menjual produk-produk bukan keperluan (kehendak),yang bergantung kepada bisnes berkedai (platform offline) dan freelancers rasa down untuk meneruskan perniagaan. Namun, itu bukanlah alasan untuk kita putus asa.

Demikian Allah berfirman dalam surat Al Baqarah ayat 286 :

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

Kita beruntung sebab internet sudah ada dalam situasi getir begini. Apa saja maklumat dan iklan, kita boleh tau melalui smartphone sahaja. Jadi rangkaian internet yang laju memang sangat diperlukan.

Pertama sekali, kita perlu kenalpasti apakah CHANNEL ONLINE yang kita boleh gunakan untuk iklankan servis/ produk kita.

Antara platform-platform yang sesuai digunakan adalah:

  • Website, Blog, Youtube
  • Media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dll.
  • Aplikasi pesan seperti Whatsapp, SMS, Telegram, Messanger dll.
  • E-commerce site seperti Lazada,  Shopee, Ebay, Lelong, dll

Jadi apakah alternatif yang boleh kita lakukan untuk menjana pendapatan?

1.Jual barangan keperluan

Antara barangan keperluan yang sesuai dijual ketika ini:

  1. Makanan
  2. Perubatan dan kesihatan
  3. Kelengkapan perlindungan dari penyakit (seperti mask, hand sanitizer dll)
  4. Barangan runcit

Masih relevan lagi untuk kita jual barang kehendak lain seperti pakaian, bahan-bahan bacaan, kosmetik, alatan tukang dan sebagainya. Kenalpasti siapa target market kita bila nak pasarkan sesuatu barang.

2. Khidmat dari rumah

Jika anda suri rumah, anda boleh iklankan servis menjahit, bertukang, mencuci pakaian, memasak dan sebagainya kepada golongan yang memerlukan. Permintaan masih ada. Cuma perlu skill tambahan pengiklanan online saja.

Buat warga Kajang, Bangi dan Putrajaya yang perlukan servis dobi dan cuci karpet pick-up & delivery, boleh hubungi saya di nombor 0133604089 atau klik sini ya.

3. Servis penghantaran

Servis penghantaran amatlah diperlukan saat ini. Samada hantar barang atau hantar makanan. Sesiapa yang buat servis ni pasti tak menang tangan waktu wabak ni.

Kami juga sediakan servis dobi ambil dan hantar. Boleh hubungi kami di nombor tertera di bawah untuk pertanyaan lanjut ya!

4. Tutor online

Buat cikgu-cikgu yang sebelum ni buat pendapatan tambahan melalui kelas tuisyen, atau tenaga-tenaga pengajar yang sebelum ini buat seminar. Anda boleh buat mengajar secara online hanya dari rumah. Selain facebook live, ada pelbagai apps seperti Zoom dan webinar yang boleh kita gunakan untuk wujudkan kelas-kelas berbayar.

5. Servis freelancer dari rumah

Jika anda mempunyai skill dan kemahiran tertentu, anda boleh ‘jual’ diri anda kepada mana-mana syarikat yang memerlukan khidmat anda. Antaranya ialah:

  1. Servis accounting
  2. Bina website / programming / apps development
  3. Buat grafik / design service
  4. Digital markerter / konsultan pemasaran online
  5. Penulis
  6. Servis terjemah / editor
  7. Bina video / animasi / musik / audio
  8. Virtual assistant / buat kerja-kerja setiausaha dari rumah
  9. Konsultan

Anda punya peluang untuk jana pendapatan tinggi jika anda mempunyai kemahiran-kemahiran begini. Kerana dunia kita ke arah memaksimumkan medium-medium online untuk berhubung, berurusan dan menyampaikan maklumat.

6. Servis pembersihan / nyahinfeksi

Dalam situasi begini, kerja-kerja pembersihan di luar agak berisiko. Pastikan anda memakai topeng muka dan cuci tangan menggunakan hand sanitizer atau air dan sabun untuk mengelakkan dari jangkitan. Pastikan anda menjaga jarak dengan orang-orang sekeliling.

Jika anda mempunyai kemahiran dan peralatan yang cukup, boleh buat kerja-kerja nyahinfeksi. Kerja-kerja begini berisiko dan pastikan anda memakai suit PPE yang lengkap.

7. Jana pendapatan melalui Blog / Instagram / Youtube / Facebook

Anda boleh jana pendapatan melalui medium-medium ini jika laman anda mempunyai ramai pengunjung / follower / subscriber. Anda boleh jadi ejen pingiklanan kepada produk / servis orang lain. Seperti Youtube dan facebook, anda perlu memenuhi syarat-syarat tertentu untuk dapat peluang jana duit dari situ. Untuk tarik ramai follower atau menjadi influencer, ada teknik-tekniknya. Perlu post tulisan / gambar / video yang memberi maklumat atau menghiburkan supaya ramai orang tertarik dan singgah ke akaun anda.

8. Ejen pengiklanan online

Untuk jadi marketing agent untuk servis / produk orang lain. Anda boleh daftar untuk jadi ejen melalui sistem dropship, affiliate dan sebagainya. Cara ini tak memerlukan sebarang modal. Hanya kenalpasti channel-channel online yang anda nak gunakan untuk pemasaran seperti yang telah saya sebutkan di atas.

9. Jual e-book / audio book / produk digital

Jika anda ialah seorang konsultan atau penulis. Produk-produk digital yang anda jual ini lebih memberi pulangan tinggi berbanding anda menjual buku-buku dan item fizikal. Anda boleh melantik ejen-ejen pemasaran untuk melariskan produk digital anda.

10. Software / game review

Di Malaysia, memang ada gamer-gamer yang berpeluang untuk menjadi pemain professional dalam sukan elektronik (eSport) dan menghasilkan pendapatan lumayan. Antara cara untuk jana pendapatan dengan cara ini ialah:

  • Menjadi streamer – Tarik ramai peminat untuk menonton permainan game anda. Hasil pendapatan datang melalui tajaan dan langganan dari platform seperti Twitch, Youtube dan Facebook.
  • Jadi pengurus kepada Esport.
  • Buat review game melalui website, blog, medium berita, temu bual dan lain-lain.
  • Hasilkan konten-konten seperti tutorial dan panduan untuk bermain suatu game. Atau menjemput gamer-gamer membincangkan sesuatu game.
  • Menjadi pengulas game atau caster.

 

Translate »