Kalau anda urus bisnes seperti hotel, spa, restoran, atau klinik. Anda tahu betapa pentingnya kebersihan. Tapi bila cucian mula ambil masa, tenaga, dan staf pun dah mula rasa terbeban. Mungkin dah sampai masa untuk serah tugas tu pada yang pakar.

Servis dobi komersial bukan sekadar “cuci kain”. Ia adalah sistem cucian profesional yang bantu bisnes anda kekal kemas, wangi, dan teratur. Tanpa perlu pening kepala. Kali ini, kami akan jelaskan apa itu servis dobi komersial dan siapa patut gunakan servis dari Dobi Harum .

Apa Sebenarnya Servis Dobi Komersial?

Servis dobi komersial ialah perkhidmatan cucian yang direka khas untuk keperluan bisnes. Ia bukan macam dobi biasa yang kita hantar baju harian. Ini lebih sistematik, lebih teliti, dan lebih sesuai untuk cucian pukal yang perlu dijaga rapi.

Kami urus cucian anda ikut jadual tetap. Sama ada harian, mingguan, atau ikut keperluan. Fabrik anda dicuci ikut jenis, dijaga dari segi suhu air, bahan pencuci, dan teknik pengeringan. Kami pastikan semuanya sampai semula dalam keadaan bersih, wangi, dan siap digunakan.

Contoh cucian yang kami urus:

  • Linen hotel dan homestay: cadar, sarung bantal, comforter
  • Tuala spa dan alas katil klinik: perlu cucian khas untuk kekalkan kelembutan dan kebersihan
  • Apron dan uniform dapur: perlu cucian degil untuk hilangkan minyak dan bau
  • Uniform kilang dan bengkel: penuh dengan gris, debu, dan perlu teknik cucian khas

Kami juga sediakan sistem tracking dan audit supaya anda tahu setiap helai ke mana. Tak ada lagi isu “hilang”, “tercampur”, atau “tak sempat siap”.

 Siapa Yang Patut Guna Servis Ini?

Servis ini sesuai untuk mana-mana bisnes yang ada cucian berkala dan tak mahu buang masa urus sendiri. Kalau anda pernah rasa staf terpaksa cuci lepas waktu kerja, atau cucian tak bersih dan pelanggan mula komplen. Ini  adalah masa untuk bertukar.

Antara bisnes yang kami bantu:

  1. Hotel.
  2. Wisma Putra Kementerian Luar Negeri Malaysia.
  3. Klinik.
  4. Masjid dan surau.
  5. Dan banyak lagi.

Anda boleh tengok lebih lagi pelanggan kami di akaun Page Facebook kami .

Tak perlu kontrak besar. Anda boleh mula dengan jadual fleksibel ikut keperluan bisnes.

 

 Kami juga bantu bisnes kecil dan sederhana yang baru nak mula outsource cucian. Tak perlu kontrak besar atau komitmen berat. Anda boleh mula dengan jadual fleksibel ikut keperluan semasa. Bila bisnes anda berkembang, kami pun boleh ikut sama. Baca artikel mengenai  kontrak perkhidmatan dobi Harum

Realiti Cucian Yang Ramai Tak Tahu

Ramai pemilik bisnes tak sedar betapa banyak masa dan tenaga yang hilang bila urus cucian sendiri. Kadang-kadang staf terpaksa cuci lepas waktu kerja, atau cucian tergesa-gesa sebab pelanggan dah nak masuk. Bila kain tak kering betul, mula berbau. Bila tuala tak bersih, pelanggan mula rasa tak selesa.

Kami pernah terima cucian “paling mencabar”. Iaitu tuala spa penuh minyak aromaterapi, uniform kilang bergris, cadar hotel terkena kopi. Tapi semuanya kami urus dengan tenang dan teliti. Kami tahu cara asingkan cucian, pilih bahan pencuci yang sesuai, dan pastikan semuanya kembali dalam keadaan terbaik.

Bila pelanggan terima semula cucian mereka, senyum tak lekang. Sebab mereka tahu. Dobi Harum  bukan sekadar cuci, kami jaga reputasi bisnes mereka.

 Kami Faham Beban Operasi Anda

Sebagai pemilik bisnes, anda dah cukup sibuk urus pelanggan, staf, akaun, dan operasi harian. Cucian sepatutnya bukan satu lagi benda yang buat anda pening. Tapi realitinya, cucian yang tak terurus boleh jejaskan imej, prestasi staf, dan kepuasan pelanggan.

Kami di Dobi Harum faham:

  • Anda nak bisnes nampak kemas dan profesional
  • Anda nak pelanggan rasa selesa dan yakin
  • Anda nak staf fokus pada kerja, bukan cucian

Itulah sebab kami wujud. Demi menjadi rakan operasi anda. Kami bukan sekadar tukang cuci. Kami bantu anda jaga imej, jimat masa, dan bina kepercayaan pelanggan.

 Kesimpulan

Servis dobi komersial bukan untuk bisnes besar saja. Ia sesuai untuk semua bisnes yang nak urus cucian dengan cara lebih bijak, lebih bersih, dan lebih tenang. Bila cucian diurus oleh pakar seperti Dobi Harum, anda boleh fokus pada urusan bisnes. 

Servis Dobi Komersial Bangi, Kajang dan Sekitar

Kalau anda baru pertama kali kenal servis kami, anda boleh mula dengan baca lebih lanjut tentang apa itu servis dobi komersial dan bagaimana ia boleh bantu bisnes anda jimat masa dan tenaga. Untuk pemilik hotel atau homestay, kami juga sediakan servis cucian linen hotel yang ikut piawaian kebersihan industri. Kalau anda urus spa atau klinik, jangan risau. Kami ada servis cucian tuala spa & alas rawatan yang lembut tapi bersih menyeluruh.

Bagi anda yang nak tahu bagaimana kami urus cucian secara sistematik, boleh lihat proses cucian kami yang teliti dari proses pengambilan hingga penghantaran . Servis kami tidak habis di situ sahaja, kerana pemasangan langsir selepas cuaian juga kami sediakan . Dan kalau anda masih ragu-ragu, baca dulu testimoni pelanggan kami .  Mereka pun pernah mula dengan satu cucian, dan kini jadikan kami rakan operasi tetap.

Servis Cucian Patuh Piawaian Untuk LO dan Tender

Kami menawarkan pakej cucian yang fleksibel mengikut keperluan jabatan. Untuk dokumen LO, jadual servis, dan sokongan teknikal, sila klik di sini atau hubungi kami secara terus di  013- 360 4089 / 017- 4802045 .

 

 

 

                    Untuk pertanyaan lanjut atau nak mula dengan jadual fleksibel, anda boleh terus hubungi kami .

 

 

Tempahan Servis Cuci Karpet Masjid

 

Ikuti media sosial kami, untuk lihat lebijh dekat Dobi Harum :

 

Facebook : Dobi Harum 

 

WhatsApp
Translate »