Bila kali terakhir anda cuci langsir di rumah anda?

Nak cuci langsir sendiri memang sukar. Saiznya sudahlah besar, panjang dan berat. Ramai orang tak tahu, bukan semua jenis langsir boleh cuci dalam mesin basuh. Bila sudah siap basuh, nak jemur macam mana? Bila kali terakhir anda cuci langsir di rumah anda? 1 tahun lepas? 3 tahun lepas? Atau langsung tak pernah cuci? Tempah langsir bukan seperti beli ikan di pasar, harga kain dan upah menjahit pasti bukan murah.

 

 

Usah pening kepala nak cuci langsir sendiri. Panggil saja tim kami untuk buka, cuci dan pasang semula langsir anda. Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang cucian, mencuci langsir rumah atau pejabat anda bukan masalah besar bagi kami. Siling rumah anda pasti tinggi dan perlukan tenaga kerja yang khusus. Nak kena panjat dengan tangga yang tinggi, kena stabilkan badan baru boleh tanggalkan langsir. Nak cabut cangkuk langsir bukan perkara mudah jika anda ada sakit lutut atau sakit pinggang.

Kami cuci sampai bersih, suci dan wangi. Dalam masa 3 – 4 hari langsir sudah sedia untuk dipasang kembali. Sebaik sahaja langsir siap, kami akan datang semula ke rumah atau pejabat anda untuk memasang langsir anda semula. Masa dan tenaga anda sudah dijimatkan dan anda boleh fokus pada kerja dan aktiviti harian. Secara tidak langsung, kesihatan dan keselamatan diri anda sudah terpelihara dari risiko terjatuh semasa membuka dan memasang langsir.

Servis kami meliputi Kajang, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Seri Kembangan, Puchong, Shah Alam, Nilai dan kawasan berhampiran.

Klik sini untuk tempahan cucian langsir :
http://www.wasap.my/60174802045/nakcucilangsir

Translate »