Assalamualaikum,

Content kami telah beralih dari penggunaan blogspot kepada website. Sebelum ni saya banyak berkongsi cerita dan info tentang servis mencuci dalam www.dobiharum.blogspot.com. Tapi sejak join kelas Insken, belajar cara-cara buat website, saya mampu bina website sendiri. Dah jimat RM3k dari upah web designer 😉

Macammana nak belajar bina website sendiri? Jom klik dan like page Institut Keushawanan Negara (INSKEN) dalam FB. Ada banyak kursus-kursus yang bermanfaat untuk usahawan dengan harga yang sangat berbaloi-baloi.

Sebagai pengenalan,

Dobi kami, Dobi Harum telah ditubuhkan sejak 1 Ogos 1999 di Sungai Merab Luar, Bangi. Berdekatan dengan UNITEN, MPI, ILIM dan kilang-kilang perindustrian Bangi.

Dobi Harum pada tahun 2014

 

Dobi Harum pada tahun 2016. Lokasi masih           sama, cuma pindah di bangunan baru.

 

Dobi Harum pada tahun 2019

InsyaAllah, kami akan buat pembaharuan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kualiti servis dari kami. Dulu pernah ada 3 cawangan, tapi dah tutup atas sebab-sebab tertentu.

Jika ada apa-apa cadangan untuk kami naik taraf kedai, boleh drop di komen ya.

Translate »