Dry cleaning (cucian kering) adalah proses basuhan dobi yang menggunakan bahan kimia untuk menghilangkan kotoran dan mengekalkan kehalusan pakaian, menghapuskan kuman dan memelihara pakaian yang mempunyai kesukaran untuk mengendalikan perhiasan yang terdapat pada fabriknya.
Biasanya pelanggan akan menghantar pakaian mahal mereka ke dobi kerana dry cleaning sudah menjadi satu kemestian pada mereka. Pakaian yang dihasilkan dari sutera, fiber halus mesti dicuci dengan cara dry cleaning. Sama juga dengan pakaian buatan kapas, bulu dan linen yang mudah mengecut.

Dry cleaning tak boleh dibuat sewenang-wenang tanpa mengetahui jenis fabrik pakaian yang nak dicuci.
Adakah dry cleaning merbahaya pada anda?
Ada banyak sejarah yang berkaitan dengan dry cleaning. Ada sesetengahnya bermula apabila seseorang tersembur minyak petroleum pada pakaian yang terkena gris. Minyak tersebut terlerai sekaligus menghilangkan kotoran. Ada sebahagian cucian menggunakan turpentin, benzena, kerosin dan petroleum sebagai pelarut dry cleaning pada masa itu.
Berdasarkan bahan yang digunakan, dry cleaning dikatakan merbahaya kerana ianya mudah terbakar sehinggalah bahan pelarut petroleum diperkenalkan. Tetrakloretilena, pelarut tidak terbakar menjadi pilihan kerana sifatnya kalis api dan tulen. Sebahagian besar industri dry cleaning telah memilih bahan ini untuk dimanfaatkan sepenuhnya.
Apakah sebenarnya dry cleaning?
Tetrakloretilena, pelarut hidrokarbon dan bahan kimia organik digunakan sepenuhnya dalam mesin untuk dry clean pakaian bagi menghilangkan minyak dan kotoran. Tanpa air, cucian pelarut bahan kimia digunakan semasa proses cucian. Mesin dry cleaning akan menyuling pelarut selepas setiap basuhan bagi memastikan hanya pelarut tulen yang digunakan.
Proses dry cleaning
1. Proses operasi dry cleaning. Staf akan memeriksa pakaian, meneliti keadaan pakaian, kerosakan, kotoran, aksesori, fabric, warna dan kebersihan. Kemudian ia akan disusun berdasarkan kepekatan warna dari putih, terang, sederhana ke gelap. Pengasingan dilakukan dari nipis ke tebal.
2. Menghilangkan kotoran. Aksesori dan dekorasi pakaian akan dibungkus untuk perlindungan. Apabila merawat sutera dan fabrik halus sebelum dibersihkan, elakkan daripada menggunakan berus atau pistol penghilang kotoran untuk mengelakkan separa pudar. Kotoran seperti dakwat dan cat boleh dihilangkan dengan pelarut penghilang kotoran profesional.
3. Pembersihan dan pengeringan. Tempoh dry cleaning adalah 5 minit bagi fabrik yang mudah pudar, 8 – 10 minit bagi fabrik halus dan 10 – 20 minit bagi material biasa. Waktu pengeringan ialah 10 – 20 minit, bergantung kepada ketebalan fabrik. Semak semula keadaan kotoran yang dibersihkan sama ada perlu diulang semula atau tidak. Selepas diperiksa, gunakan lint remover untuk menghilangkan rambut dan bulu.
4. Gosok baju. Bergantung kepada jenis material, baju dry cleaning akan digosok mengikut jenis kain ia dihasilkan sama ada gosok biasa atau gosok istimewa.
5. Pembungkusan. Semua baju dry cleaning yang sudah diperiksa akan dilabel dengan nama pelanggan dan disimpan dalam plastik lutsinar.
Apakah faedah cucian secara dry cleaning?
1. Nyahkuman dan pensterilan. Dry cleaning boleh mengendalikan bakteria tak terlihat seperti kuman, spora dan parasit yang ada dalam pakaian tetapi sukar untuk dihapuskan tanpa pakar pencuci.
Pelarut dalam dry cleaning memberi kesan serta merta. Dry cleaning boleh mengurangkan perkembangan bakteria. Amat mencabar untuk menghapuskan bakteria dengan pencuci, tetapi dry cleaning amat berkuasa untuk menyingkirkannya.
2. Melindungi pakaian anda. Mesin basuh boleh merosakkan pakaian yang diperbuat dari kapas tulen, sutera dan bulu haiwan. Sebahagian dari tekstil semula jadi seperti bulu biri-biri mungkin mengecut, serabut dan pudar selepas dicuci. Pencuci yang masuk ke dalam fiber pakaian tak boleh membersihkan pakaian sekaligus akan memendekkan hayat pakaian.
Had kepada dry cleaning
Ada sebahagian fabrik pakaian yang akan mengalami kerosakan dengan pelarut dry cleaning, termasuklah fabrik kulit buatan yang akan menjadi keras dan rapuh selepas dry cleaning. Fabrik kot juga akan mengalami masalah yang sama, sebahagian aksesori mungkin akan cair. Tambahan pula, dry cleaning gagal untuk menghilangkan kotoran bukan gris dan kotoran larut air seperti susu dan buah yang lebih mencabar untuk dibersihkan. Kesimpulannya, bukan semua pakaian boleh dicuci dengan dry cleaning.
Penjagaan dry cleaning
Walau pun dry cleaning ada banyak kelebihan, ia bukanlah penawar. Ada sebahagian fabrik tak dapat dicuci yang terdiri dari 3 jenis iaitu :
1. Pakaian yang dilapisi dengan tekstur fiber kimia. Ia tidak sesuai untuk dry cleaning kerana agen pencuci organik dan suhu yang tinggi akan menyebabkan pakaian mengeras dan tidak boleh dipakai lagi.
2. Down jacket. Lebih baik menggunakan pencuci khas yang dibuat untuk down jacket daripada mencucinya secara dry cleaning.
3. Pakaian dengan hiasan manik atau butang. Secara amnya, staf dry cleaning akan menanggalkan butang terlebih dahulu kerana butang dan manik akan berubah bentuk dengan pengaruh pelarut.
Kawasan liputan servis dry cleaning
Berikut ialah kawasan yang berada dalam lingkungan servis dry cleaning kami :
- Bangi
- Kajang
- Putrajaya
- Serdang
- Seri Kembangan
- Sungai Besi
- Bandar Seri Putra
- Semenyih
- Dengkil
- Puchong
- Nilai
Berapa harga servis dry cleaning?
Harga servis dry cleaning berbeza-beza mengikut item dan tahap kesukaran ia dicuci. Terus hubungi kami menerusi mesej WhatApps kami di talian 017-480 2045 (Ikhwan) untuk menempah slot dry cleaning. Caj sebanyak RM16 akan dikenakan untuk servis pickup & delivery.