Kita semua tahu, konvo bukan sekadar majlis rasmi. Oleh itu, sebelum hari istimewa tersebut. Anda perlu cuci jubah konvokesyen supaya lebih berkeyakinan tampil di pentas. Ia adalah hari yang kita tunggu sejak semester pertama. Hari di mana segala penat lelah, air mata, dan malam berjaga dibayar dengan satu momen. Iaitu melangkah ke pentas dengan jubah konvo yang tersarung kemas.
Tapi bayangkan kalau jubah tu rosak…
Sebab tersilap cuci, jubah jadi berkedut, pudar, atau lebih teruk. Koyak di bahagian jahitan. Tak pasal-pasal, gambar kenangan pun jadi kurang berseri.
Artikel ni ditulis khas untuk bantu anda elak semua tu. Kita nak jubah yang kemas, selesa, dan ready untuk hari paling bermakna dalam hidup kita.
Cara cuci jubah Konvokesyen tanpa masalah
Guna air sejuk dan pelembut
Jubah konvo bukan macam baju biasa. Fabriknya halus dan sensitif. Air sejuk bantu kekalkan warna dan bentuk, manakala pelembut pakaian elak kesan pudar atau kekuningan.
Elak mesin basuh berputar laju
Kalau anda fikir nak cepat, tolong fikir semula. Putaran kuat boleh buat jubah berkedut teruk atau koyak. Cucian tangan lebih selamat dan tak ambil masa lama pun.
Jemur jubah Konvo di tempat teduh
Jubah yang dijemur bawah matahari terik boleh jadi pudar. Cari tempat berangin dan teduh. Biar kering perlahan-lahan, janji warna kekal cantik.
Seterika dengan suhu rendah
Nak nampak kemas? Boleh seterika, tapi jangan gopoh. Guna suhu rendah dan lapik kain nipis. Elak terus sentuh jubah dengan seterika. Nanti tinggal kesan kilat.
Mitos yang ramai Graduan percaya
“Jubah Boleh Dicuci Macam Baju Biasa”
Nope. Jubah konvo perlukan perhatian khas. Cucian kasar boleh ubah bentuk dan rosakkan jahitan.
“Seterika Suhu Tinggi Lagi Kemas”
Suhu tinggi = risiko melecurkan fabrik. Tak berbaloi. Guna suhu rendah dan sabar sikit.
“Tak Perlu Cuci, Pakai Terus”
Walaupun nampak bersih, jubah konvo yang disimpan lama boleh berhabuk atau berbau. Cucian ringan sebelum pakai adalah langkah bijak.
Bila Patut Serah pada Servis Cucian Profesional
Ada manik atau Sulaman pada Jubah Konvo
Kalau jubah anda ada hiasan, jangan ambil risiko. Servis cucian jubah konvo daripada Dobi Harum tahu cara kendalikan fabrik sensitif dan hiasan tanpa rosak.
Tak pasti material Jubah
Kalau anda tak pasti jenis kain, lebih baik serah pada yang pakar. Mereka tahu teknik cucian ikut jenis fabrik.
Nak hasil kemas tanpa stress
Graduan dah cukup penat. Kalau nak jubah kemas tanpa pening kepala, hantar terus kepada servis cucian kami Siap wangi, digosok dan dibungkus rapi.
Sebelum Hari Konvokesyen: ambil tindakan bijak
Jangan tunggu saat akhir
Cuci atau hantar jubah sekurang-kurangnya seminggu sebelum majlis. Kalau ada masalah, masih sempat nak betulkan.
Gambar kenangan tak boleh diulang
Hari konvo akan dirakam dalam gambar dan video. Jubah yang kemas buat anda nampak yakin dan berseri dalam setiap shot.
Jubah = Simbol Diri Korang
Penjagaan jubah bukan sekadar tentang penampilan. Ia tentang menghargai usaha anda sendiri. Jubah tu lambang siapa anda sekarang. Iaitu seorang graduan yang berjaya.
Kenapa Pilih Servis Cuci Jubah Konvokesyen
Manfaatnya:
- Kekal warna dan bentuk asli.
- Kedut licin tanpa risiko rosak.
- Pickup dan delivery memudahkan di minggu sibuk.
Mahu jubah konvo anda kelihatan sempurna di hari bersejarah? Hubungi di nombor kami : 0133604089
Panduan Penjagaan Jubah Konvokesyen
Boleh guna mesin basuh cuci jubah konvokesyen?
Kami tidak digalakkan. putaran boleh ubah bentuk dan longgarkan jahitan.
Bagaimana hilangkan kedut tanpa seterika panas?
Gantung di bilik mandi berwap atau guna garment steamer.
Adakah perlu hantar jubah konvo ke cucian profesional?
Ya. Jika anda mahu jubah kekal cantik tanpa risiko rosak, terutamanya fabrik satin.
Apa nak buat bila musim Konvo tiba?
- Pastikan jubah anda sentiasa bersedia digunakan.
Tak kira bila anda grad. Bulan Mei, Ogos, atau November. Setiap musim konvokesyen bawa gelombang persiapan. Dan antara item paling penting dalam senarai? Jubah konvo yang sempurna.
2. Setiap tahun, ramai graduan buat kesilapan sama:
- Cuci saat akhir dan tersilap teknik
- Campur dengan pakaian lain yang merosakkan kain
- Gosok tanpa ikut panduan suhu fabrik
Dengan tip penjagaan yang betul, anda boleh pastikan jubah kekal cantik. Walaupun disimpan berbulan-bulan selepas majlis. Simpan panduan ini, tandakan di kalendar menjelang musim konvo seterusnya. Dan pastikan anda tidak ulangi kesilapan tahun lepas.
Setiap kali habis majlis, bersihkan jubah segera dan simpan di tempat kering dengan penyangkut berspan untuk mengekalkan bentuk. Bila musim konvo tiba semula, anda hanya perlu “touch up” sedikit sebelum dipakai.
Graduan berjaya tak perlu risau tentang jubah.
Tempah cucian profesional yang faham keperluan anda. Pilih Dobi Harum.
Dapatkan servis cuci jubah sekarang!!
Jika anda sedang membuat persiapan untuk hari konvokesyen dan memerlukan cucian jubah yang selamat dan profesional. Dobi Harum menawarkan servis dry cleaning untuk jubah graduasi yang direka khas untuk fabrik halus dan hiasan seperti manik atau sulaman.
Selain itu, kami juga menyediakan servis cucian pukal untuk universiti dan institusi pendidikan yang memerlukan penjagaan rapi bagi linen dan pakaian rasmi. Untuk pelanggan yang ingin menjaga kebersihan rumah sebelum majlis penting, anda boleh rujuk perkhidmatan pengemasan rumah dan cucian langsir yang kami tawarkan secara terus ke lokasi anda.
Ikuti laman media sosial kami di Facebook : Dobi Harum