Servis cuci langsir termasuk buka dan pasang

Adakah anda berdepan dengan masalah untuk mencuci langsir di rumah? Sibuk dengan kerja di pejabat, urusan sekolah anda dan rumah tangga membuatkan anda tak cukup tangan untuk membuat kerja-kerja di rumah seperti mencuci langsir. Maklumlah langsir ini perlukan kudrat untuk membuka, mencuci dan memasangnya semula.

Biasanya langsir akan digantung selama 1 hingga 2 tahun selepas ianya dipasang. Ia kerap menjadi tempat untuk menjadi sarang kotoran, kuman, habuk dan hama sekaligus merosakkan fabrik langsir itu sendiri. Lama-kelamaan, anak-anak, keluarga dan penghuni rumah anda boleh mendapat penyakit seperti asma, alahan kulit dan lain-lain.

Oleh sebab itu, kami mengambil inisiatif untuk membantu anda mencuci langsir di rumah bagi memastikan kebersihan di rumah anda terpelihara.

 

servis cuci langsir termasuk buka dan pasang

Langsir yang tak dibersihkan dengan baik akan menjadi sarang pelbagai penyakit.

 

Bagaimana kami membersihkan langsir anda?

Selepas langsir dan cangkuk ditanggalkan, kami akan membuat pemeriksaan jenis fabrik, warna dan kerosakan yang terdapat pada langsir. Seterusnya, langsir akan dicuci secara basah atau dicuci secara kering, bergantung pada kesesuaian dan keperluan fabrik. Jika ada kotoran yang sukar dihilangkan, ia memerlukan proses rendaman atau cucian dengan pencuci khas.

Selepas proses cucian selesai, langsir akan dikeringkan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kelembapan terperangkap. Suhu yang digunakan juga perlu diselaraskan supaya tidak menjejaskan fabrik langsir. Sebaik sahaja ia kering, langsir akan digosok dan dilipat dengan berhati-hati agar tidak renyuk.

Sebelum langsir dipasang, cangkuk langsir dan aksesori yang berkaitan akan dipasang semula. Selepas tarikh pemasangan langsir dipersetujui oleh pelanggan, kami akan datang ke rumah anda untuk menghantar dan memasang langsir semula. Kami akan pasang langsir di depan anda supaya anda berpuas hati dan dapat melihat proses kerja kami.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang servis buka langsir, cuci langsir dan pasang langsir, terus mesej kami di talian 017-4802045 sekarang juga.

Translate »